PENGENALAN
Pada
zaman yang penuh dengan kemajuan ini para ahli pendidikan berusaha untuk
meningkatkan mengajar itu menjadi suatu ilmu atau science. Melalui kaedah
mengajar yang lebih berbentuk ilmiah diharapkan, proses belajar mengajar itu
lebih terjamin keberhasilannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh pakar-pakar
dan individu yang terlibat dengan bidang teknologi pendidikan.
Teknologi
pendidikan ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai
keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran dari segi objektif khusus,
berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dengan
menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada
pengajaran.
Dalam
teknologi pendidikan itu memberi pendekatan yang sistematis dan kritis tentang
proses belajar mengajar. Teknologi pendidikan memandangnya sebagai suatu
masalah yang harus dihadapi secara rasional dengan menerapkan Kaedah
penyelesaian masalah. Mutu pendidikan itu banyak bergantung pada mutu guru
dalam membimbing proses belajar mengajar. Disamping itu perkembangan teknologi
pendidikan didukung oleh perkembangan yang pesat dalam media komunikasi seperti
radio, TV, komputer dan lainnya yang dapat dimanfaatkan bagi tujuan
intruksional.
Penggunaan Video
pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam
menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai
gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan
melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya
menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah
dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa
kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah
lebih berkesan
berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.
Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah
menggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai
konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa
gambar bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan
kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan
video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap
konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran
melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media
yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar.
PERANAN VIDEO
DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar
memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan
televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika
tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau
merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka
berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.
Sebagai contoh,
proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya
dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di
samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan
(2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media
berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu
keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh
bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video juga dapat membantu pelajar
dalam pembentukan sikap dan sahsiah mereka. Aksi-aksi yang ditunjukkan di dalam
rakaman video dapat member contoh yang baik sekiranya disediakan dengan teliti
dan sistematik. Video juga digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih
berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam
mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan
daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar
mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka.
ISU-ISU APLIKASI
VIDEO DALAM PENDIDIKAN
Seiring dengan perkembangan multimedia dalam
pendidikan, video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan
pendidik. Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti
dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan
aplikasi video dalam pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam
pengajaran dan pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan
dan pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melaui
’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat dibawa masuk
ke dalam kelas.
Masalah
utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu isu berkaitan
media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos
pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi salah satu
masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video
semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu isu aplikasi
media ini. Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk memastikan
objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah dipratontonkan
oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah
mengadakan aktiviti sebelaum, semasa dan selepas tayangan. Sebelum tayangan
bermula, guru boleh berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas
disamping menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan
rancangan.
Semasa tayangan ianya perlulah
dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru
juga harus menonton bersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa
yang sedang ditayangkan. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang kepada
pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru
juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang penting.
CIRI-CIRI VIDEO YANG BERKESAN
DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan iaitu:
Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan iaitu:
Matlamat/ Objektif
Objektif
tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis. Menurut Abdul Rahim (2000),
bahan media mestilah mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama
penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), media
tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang berkesan
dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnya pengguna dapat
menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan
pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan
pelajar yang pelbagai.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Dengan
penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar
dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan
warna. Sesuatu media mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh
guru. Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan dalam media
yang digunakan.
Menurut Ee Ah
Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila
dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat
mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar
yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri
dikalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia
dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta
menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam
pembelajaran Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat
menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan
aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan media dapat
menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak
disampaikan.
Kandungan
Kandungan
mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya dapat
dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan
kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan
sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari
topik yang senang kepada topik yang sukar. Kandungan yang baik mengandungi
maklumat yang terkini dan seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai.Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran dapat menambahkan dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsep-konsepnya. Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendak- kehendak isi dan objektif pelajar.
Penggunaan
Pemilihan
media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan tidak membebankan.
Pengendalian bahan media pengajaran memerlukan latihan penggunaan yang minimum
dan lebih mudah diubah suai dari segi penggunaan serta senang dipindah dari
satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Ee Ah Meng (1999), sesuatu media
memudahkan pengajaran dan meningkat keberkesanannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ia
mestilah bersesuaian kerana memudahkan pelajar memahami isi kandungan pelajaran
yang cuba disampaikan oleh guru. Pemilihan alat bantu mengajar ini mestilah
selamat digunakan sama ada oleh guru atau pelajar. Selain daripada itu, media
tersebut dapat menjimatkan masa pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi
pemahaman pelajar terhadap suatu konsep dengan lebih mudah dan cepat.
Menurut
Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video dokumentari pembelajaran mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD ROM atau komputer.
Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan video juga dapat disaksikan
berkali-kali sehingga sampai ke pringkat penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa
kebaikan menggunakan video. Diantara kebaikannya ialah video senang dirakam dan
dimainkan semula serta tidak memerlukan bilik gelap untuk tayangan.
Persembahan
Menurut
Yusup dan Sharifah Alwiyah (1999), penggunaan video berupaya menunjukkan konsep
kemahiran motor melibatkan pergerakkan. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A.
(1994), pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep dari video pembelajaran yang
difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Penggunaan video
boleh menunjukkan tiap-tiap langkah dapat
diperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlu menitik
beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai.
Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna. Akhir sekali terdapat maklum balas
menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif.
Penformatan Skrin
Reka bentuk
skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat
pelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikal untuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen.
pelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikal untuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen.
Kreativiti
Integrasi teks
bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi animasi berilmu,
integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu
menarik minat pelajar. Yusup dan Alwiah (1999), penggunaan video boleh
menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal.
Nilai Pendidikan
Bahan
pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran kerana
konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan
kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara
pelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan
dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran.
Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu dititik beratkan.
Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran yang
berkesan dapat membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan jelas dan dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal. Media pembelajaran dapat memupuk
daya cipta, pemikiran analitis, pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan
nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbangan
rasa dan sikap positif.
Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi
mata, otak dan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar bagi
pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasil dari pendedahan
kepada suatu alat bantu mengajar. Misalnya menggalakkan aktiviti susulan
seperti perbincangan atau menjawab soalan-soalan yang berdasarkan tayangan
tersebut.
Aspek Motivasi
Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan
melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif
terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu media mestilah diselitkan
dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan mestilah bersesuaian. Menurut
Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkan bagi
pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu media yang berkesan memaparkan persembahan
visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni sesuai.
Menarik Perhatian
Penggunaan
grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan animasi
menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik. Menurut Semrau,
P. Dan Boyer, B. A. (1994), video menarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis
teks menarik yang digunakan, warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks
yang sesuai.
Kognitif
Video boleh
digunakan untuk mengajar prinsip dan peraturan, pencapaian terutamanya dalam
situasi yang memerlukan interaksi manusia, dan menyediakan tindak balas serta
merta untuk pelajar mengenai pencapaian mereka. Selain daripada itu, video
boleh digunakan untuk mengajar mengiktiraf dan membezakan dorongan gerakan yang
berkaitan, misalnya kelajuan relatif objek yang bergerak, gerakan penyimpangan,
dan interaksi antara objek dan dunia sebenar
Psikomotor
Video berguna
untuk menunjukkan tindak balas serta merta terhadap pelajar mengenai kebolehan
mereka. Guru atau koordinator boleh menyelaraskan gerakan untuk mengajar
pelajar tentang sesuatu perkara dan pelajar dapat memahami apabila dapat
melihat dengan jelas setiap peringkat yang ditayangkan. Video boleh digunakan
untuk menunjukkan gerakan. Gerakan ini boleh dipercepatkan atau diperlahankan
untuk menunjukkan sesuatu perkara atau keadaan dengan lebih
jelas.
No comments:
Post a Comment