Monday 9 December 2013

Media Dalam Bilik Darjah

DEFINISI  MEDIA PENGAJARAN

Perkataan media pengajaran terdiri dari kata “media” dan “pengajaran”. Media atau medium berasal dari kata  Latin “Medius” yang bererti “Tengah”. Dengan demikian  dapat diketahui bahawa media adalah sesuatu yang menjadi perantara dengan yang lainnya. Dalam bahasa Arab media bererti perantara (Washaail) atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Gerlach menyebutkan bahawa media  jika difahami dalam garis besar adalah manusia, materi atau kejadian yang membangun kondisi yang membuat siswa mampu memperoleh pengetahuan, keterampilan atau sikap (Arsyad (2002).

Terkadang istilah media pendidikan sering diertikan bergantian dengan  istilah alat bantu  atau media komunikasi. Seperti yang dikemukakan oleh Gagne dan Briggs bahawa secara implisit media pengajaran meliputi alat yang berupa fisik yang digunakan untuk menyampaikan isi materi pengajaran yang terdiri dari  antara lain buku, tape recorder, kaset, video camera, grafi, televisyen, film, slide foto, gambar,  dan komputer (Arsyad, 2002).

Dari beberapa pengertian dan batasan tentang media pedidikan dan pengajaran tersebut diatas dapat diketahui bahawa salah satu hal yang mempengaruhi efektifitas proses belajar mengajar baik di dalam kelas mahupun di luar kelas adalah penggunaan media pengajaran baik visual mahupun audio visual.


MEDIA DALAM BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan dikatakan sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun mempunyai kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.

Bilik darjah adalah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi antara guru dan murid-murid. Dalam pendidikan zaman ini, sekolah cemerlang lahir daripada bilik darjah yang dinamik. Perkataan dinamik pula membawa maksud bertenaga atau daya fizikal yang mampu menggerakkan sesuatu. Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasinya untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara formal dengan penuh minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif.
Interaksi pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Terdapat empat jenis interaksi dalam bilik darjah yang akan saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:-
1)    Interaksi sehala/interaksi tradisional
2)   Interaksi dua hala antara guru dan murid
3)   Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
4)   Interaksi berkomputer.

Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;

1)    Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran
2)   Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian (RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran di samping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakan bahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Dan, yang paling penting dalam tugas seorang guru adalah penyediaan bahan/media terutama dalam menjalankan set induksi. Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang kontroversial, klip video tentang sesuatu panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku, atau menyediakan satu bahan atau satu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi yang hendak disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hingga lima minit.  Kemahiran set induksi merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seorang guru dalam menarik minat serta merangsang pelajar supaya menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan. Set induksi yang dijalankan ini perlulah menarik, dengan pemilihan bahan media yang menarik, berkesan dan  bersesuaian dengan tahap pelajar dan berkaitan dengan isi pelajaran serta pengetahuan sedia ada pelajar. Kesannya, pelajar akan bersedia, aktif  dan seronok dalam meneruskan aktiviti pembelajaran mereka.

Berkaitan dengan kepentingan set induksi, kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) atau media  merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh seorang guru. BBM yang digunakan ini mestilah mampu memberikan rangsangan dan minat kepada pelajar di samping mencetuskan idea pelajar berkenaan topik yang diajar oleh guru pelatih. Ia juga mestilah bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan pelajaran, digunakan pada waktu yang sesuai dan maklumat yang ingin disampaikan melalui BBM tersebut mestilah jelas, ringkas, padat dan jitu. Kemahiran menerang merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, konsep ataupun isi kandungan kepada pelajar dan kemahiran ini biasanya digunakan pada peringkat perkembangan proses pengajaran. Prinsip bagi kemahiran ini ialah penerangan yang diberikan perlulah sesuai, menggunakan bahasa yang sesuai, menggunakan BBM yang diuruskan secara berkesan dan berdasarkan  pengetahuan pelajar.

Apakah itu media?. Media diertikan sebagai apa sahaja alat yang digunakan untuk menyalurkan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran dari satu sumber maklumat kepada penerima. Heinich (1985) media.  Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran. Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik." Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik".

Fungsi Media dalam  pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan media yang bersistematik dalam mempelbagaikan teknik dan idea dapat menjana dan menghasilkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:
·         Pengajaran lebih terancang
·         Melibatkan pelbagai deria
·         Memperkayakan pengalaman
·         Perluasan batasan komunikasi
·         Pembelajaran individu
·         Keseronokan belajar/motivasi
·         Sumber maklumat
·         Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
·         Menguat dan mengekalkan daya ingatan
·         Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
·         Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
·         Menjimatkan masa
·         Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas

·         Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

No comments:

Post a Comment