Monday 9 December 2013

Kon Media Pengalaman Pembelajaran DALE

 Proses pembelajaran yang baik tidak hanya menumpukan pada satu aspek semata-mata,malahan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran merupakan faktor utama dalam menarik minat para pelajar untuk mendalami sebarang ilmu. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adakalanya membosankan para pelajar sekiranya topik atau tajuk yang dibincangkan memainkan peranan penting dalam usaha untuk menarik minat pelajar di samping mengaplikasikan segala kemahiran yang ada untuk kembali memancing supaya pelajar dapat memahami dengan tepat mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. Dale (1946) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman). Dalam teori ini Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Menurut Edgar Dale, 1969 (dalam Noriati A. Rashid, 2009) pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan. Menurutnya, pengunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan penguasaan pelajar. Selain itu, kon pengalaman Edgar Dale, 1969 (dalam Mustafa Abdul Sami’, 2004) yang menyusun bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliau sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk itu, Kon Pengalaman Pembelajaran Dale merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses P&P supaya pelajar dapat memahami dengan mendalam mengenai apa yang cuba disampaikan. Dalam Kon ini, Dale menegaskan mengklasifikasikan bahawa mengenai media dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk proses pembelajaran berkesan.


KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE (1964)

Rajah di atas merupakan kon pengalaman pembelajaran yang diasaskan oleh Dale yang boleh digunakan oleh para-para guru untuk menyesuaikannya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 3 tahap dalam kon pengalaman pembelajaran Dale iaitu persimbolan, pemerhatian dan juga penglibatan. Di bawah tahap persimbolan, kon pembelajaran Dale memecahkannya kepada dua bahagian iaitu simbol lisan dan juga simbol penglihatan. Pada tahap kedua pula, Dale telah memecahkannya kepada 4 bahagian iaitu rakaman radio dan gambar, televisyen, pameran, serta demontrasi atau tunjuk cara, manakala pada aras terakhir iaitu penglibatan, Dale memecahkannya kepada 3 peringkat iaitu main peranan, penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak 3 dimensi serta pengalaman langsung. Ketiga-tiga aras pengalaman belajar yang diutarakan oleh Dale mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah mengajar. Guru perlu bijak dan pandai untuk menyesuaikan setiap aras dengan bentuk P&P yang akan disampaikan kepada pelajar. Kon ini bermula dari konkrit ke abstrak. Peringkat penglibatan misalnya, bentuk dan mencipta. Sebagai contoh, jika guru sejarah mahu menceritakan mengenai faktor-faktor dalam pembinaan negara bangsa. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan kertas untuk menulis factor-faktor tersebut dan kemudiannya mereka akan mengkritik atau menilai jawapan daripada kumpulan lain sama ada ianya betul ataupun salah. Hal ini melibatkan proses analisis di mana murid secara tidak langsung telah memainkan peranannya dengan melakukan kajian atau analisis terhadap jawapan yang telah diberikan oleh kumpulan lain dan menilai sama lakonan/Dale telah menggunakan 3 teknik iaitu teknik menganalisa, penilaian, mereka ada jawapan itu betul atau salah. Penilaian mereka adalah berdasarkan kepada jawapan yang telah diberikan. Secara tidak langsung murid tersebut akan mengetahui sama ada jawapan yang diberikan mereka itu betul atau salah. Guru kemudiannya akan melakukan proses pengukuhan melalui proses pemerhatian murid melalui tayangan video atau gambar mengenai proses-proses pembinaan Negara Bangsa. Pada peringkat ini, murid akan mengetahui jawapan yang betul serta salah. Peringkat seterusnya ialah persimbolan dimana guru akan meminta murid untuk menyenaraikan semula faktor-faktor pembinaan Negara Bangsa. Daripada huraian di atas, dapat dibuktikan bahawa berpandukan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale, aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan tidak membosankan.

Kon Pengalaman Pembelajaran Dale boleh diklasifikasikan sebagai mentor kepada guru dalam memilih langkah atau aras yang sesuai untuk diaplikasikan dalam Proses pengajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, dalam aras kedua iaitu pemerhatian, guru boleh menggunakan teknik ini untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu topik. Aras pemerhatian secara ringkasnya merupakan satu aras yang melibatkan penggunaan mata di mana murid akan melihat sesuatu perkara di sekeliling dan cuba mengaitkannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya dalam bidang pendidikan sejarah, untuk memudahkan murid bentuk rumah yang terdapat di malaysia,lawatan ke muzium merupakan satu langkah dalam aras digunakan. Hal ini disebabkan, kerana, murid terlibat secara tidak langsung mereka melihat, menilai dan mengingat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Dale di mana beliau menjelaskan bahawa murid hanya akan mengingat 10% daripada apa yang mereka baca, 20% daripada apa yang mereka dengar, 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa yang mereka dengar dan lihat, 70% dari apa yang mereka katakan dan tulis, dan 90% dari apa yang mereka katakan seperti yang mereka lakukan. Untuk itu, setiap aras sememangnya memainkan peranan dan fungsinya yang tersendiri dalam menarik minat pelajar. Edgar Dale juga membuat klasifikasi pengalaman menurut tingkat, dari yang paling konkrit iaitu asas kepada aras yang tertinggi iaitu abstrak. Maksudnya di sini, semakin konkrit pengalaman belajar itu, semakin besar manfaatnya yang akan diterima oleh pelajar.

2 comments:

  1. INFO YANG SANGAT BERGUNA. TERIMA KASIH DAN TERUSKAN MNULIS

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk info yang diberikan

    ReplyDelete