KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)
- Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka
yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan
pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)
- Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering
digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan.
- Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam
melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children)
- Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau
kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.
Kanak-kanak berisiko (at risk children)
Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan
yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas
biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat
bersama golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan
masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para
guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam
pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.
DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak
dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan,
pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan
kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental
skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan
ketidakupayaan individu.
- “Special education means specially designed instruction that meets the
unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)
- "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi
keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam
kurikulum yang standardize atau biasa." (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education,
1999)
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS:
- "Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.”
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
- Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid
dengan keperluan khas
- Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid
dengan keperluan khas
- Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan
keperluan khas
- Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan
terkini
- Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang
pendidikan khas
CIRI-CIRI ‘KHAS’ PENDIDIKAN KHAS :
- Guru-guru terlatih khas
- Pendekatan pelbagai disiplin
- Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)
- Kurikulum yang khas
- Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka
pendek.
- Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
- Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang
sesuai
- Kaedah pengajaran yang khas
- Kaunseling ibu bapa
KHIDMAT YANG DISEDIAKAN
OLEH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
(Maklumat Pendidikan Khas 2007)
- Cacat fizikal yang teruk
- Rencatan akal sederhana dan teruk
- Pelbagai kecacatan dan
- Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di
sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab
Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:
- Sindrom Down
- Autisme ringan
- Attention Deficit Hyperaktif Disorder
- Terencat akal minimum
- Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)
KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996
Program Khas bererti:
- Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
- Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah
pembelajaran; dan
- Program Pendidikan Inklusif
bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa
bersama-sama murid biasa.
Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961
- Sekolah Khas ialah sekolah yang
menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.
SENARIO PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian
Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang
dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat
pendidikan formal yang merangkumi:
- Kanak-kanak Down Syndrom
- Kanak-kanak Autistik Ringan
- Kanak-kanak kurang keupayaan mental
- Kanak-kanak bermasalah emosi
- Kanak-kanak bermasalah kesihatan
- Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan
1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program
Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).
Syarat Penyertaan Program Khas:
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang
boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang:
- cacat angota tetapi
mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa
- mempunyai pelbagai kecacatan
atau yang mengalami kecacatan anggota yang terlalau serius, atau yang terencat
akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM). Jadi murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu
mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri
daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai
dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM
Dikendalikan oleh:
- J.P. Khas (JPK)
- J.P. Negeri (JPN)
- J.P. Teknikal (JPT)
3 jenis program:
- Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
- Program Inklusif
- Program Pendidikan Khas Integrasi
STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:
- merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan
menengah,
- merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi
(percantuman),
- merancang, menyelaras dan menilai
dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat
Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional
pendidikan khas
- merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,
- menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,
- menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan
- menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas bererti (AKTA
PENDIDIKAN 1996)
- Satu program yang disediakan di sekolah khas
bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran.
- Satu program percantuman di sekolah biasa bagi
murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran
atau masalah pembelajaran; dan
- Satu program pendidikan inklusif bagi
murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama
dengan murid-murid biasa.
JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)
Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah
pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).
Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
- berumur tidak kurang dari
lima (5) tahun
- disahkan oleh pengamal
perubatan
- boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain.
Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah:
- berumur 6+ hingga 14+ tahun
- Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2
tahun maksimum)
- disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
- Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan &
pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan.
Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam.
- Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah
termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan
(bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).
- Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti
kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif
Pendidikan Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah:
- berumur 13+ hingga 19+ tahun
- Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2
tahun maksimum)
- disahkan oleh pengamal perubatan
- boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
- Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.
- Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah aliran
akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi
atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh:
SMPK Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK
Setapak)Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid
di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran
- mengikuti Program
Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di
peringkat sekolah.
- Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang
untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau
vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya
mengambil STPM bagi yang layak.Mereka yang
- memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke
sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan
Khas Integrasi.
Pendidikan Pasca
Menengah
Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada
murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik
dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan
fesyen.
Politeknik yang terlibat ialah
- Politeknik Ungku Omar,
Ipoh.
- Politeknik Johor Bharu
- Politeknik Shah
Alam
Kursus yang ditawarkan ialah:
- Penyelenggaraan
mekanikal
- Awam Pembinaan
- Rekaan dan Fesyen
dan Pakaian
- Hotel dan
KeteringRekabentuk grafik
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
- Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran
terhadap yang minimum (LRE).
- Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka
dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
- Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan
sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran
secara pengasingan dan separa inklusif.
PROGRAM INKLUSIF (PI)
- Peraturan Pendidikan
1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk
diinklusifkan dalam kelas biasa.Peraturan (2)
menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid
dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama
dengan murid-murid
- biasa.
- Telah dimasukkan
dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu:
“6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.”
- Ditadbir oleh JPN
- Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan
diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
- Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan
seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup
bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil
yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
- Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar
biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak
tanpa mengambil kira perbezaan individu.
- Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan
murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.
Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
Terdapat 2 jenis PI:
§ Inklusif Penuh
§ Inklusif Separa/Separuh Inklusif
Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6
Rendah di SM. Methodist (L), KL.
•
1994- Pembukaan kelas
PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara (pemilihan
pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1
sekolah).
•
1998- 53 buah sekolah
rendah; 10 buah sekolah menengah
•
1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif
penuh untuk pelajar Masalah Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/
Vokasional).
•
2000- diubahsuai
kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah Pembelajaran di
S.M. Teknik/vokasional.
•
3 buah Politeknik melaksanakan
Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada Jun 2000.
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
• Merupakan program yanG disediakan bagi
membantu murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti
sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti
Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah.
Program yang dijalankan ialah Program
Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1
(murid Tahun 1), IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah
dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal)
PROGRAM BERMASALAH
PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA
KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia
sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid
biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca,
dan menulis.
Syarat kemasukan ke program ini:
- murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1
sekurang-kurangnya 6 bulan,
- murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik
darjah atau pemulihan khas,
- keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami
kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan
- Program rintis disleksia dilaksanakan pada
tahun 2004:
- 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(3 buah)
- sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah: 31 buah
Program ini dilaksanakan dengan
menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan
separa inklusif atau pengasingan
RUJUKAN
- Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007.
Kementerian Pelajaran Malaysia
- Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan asas. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran
Malaysia
- Kirk,
S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th ed.). Boston: Allyn and Bacon.